Sunday, April 19, 2009

Carrot Cheese Cake

Bahan-bahan kek:

200g butter
200g gula
3 biji telur
200g tepung
1 sdt baking powder
1 sdt soda bicarbonat
1 sdt serbuk kayu manis
2 cawan carrot (diparut)
1 cawan walnut

Bahan-bahan topping:

250g cream cheese
200g icing sugar
1 sdt sunquick

Cara-cara:
- pukul butter & gula hingga kembang
- masukkan telur
- masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, soda bicarbonat & serbuk kayu manis
- masukkan carrot dan walnut. kacau sebati.
- tuang dlm loyang yg telah dialas kertas minyak.
- bakar pada suhu 160'C selama 50 minit

Cara-cara untuk topping:
- pukul cream cheese bersama gula icing & sunquick
- tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu

p/s : hubby bawa kek ni g opis. kawan opis dia siap SMS anna kata sedap la kek ni. Hehehe. Thanks!

Wednesday, April 1, 2009

Doughnut

Bahan-bahan dimasukkan ke dalam breadmachine

Doh yang telah naik sekali ganda

Doh yang telah dicetak guna donut cutter & dibiarkan naik sekali lagi. Please do not overproof!

Bahan-bahan:
250ml air sejuk
4 cawan tepung high protein
1 sdb butter
1 biji telur
2 sdb gula
2 sdt yis kering
Masukkan kesemua bahan ke dalam breadmachine. Apb naik sekali ganda, uli semula dan bentukkan donut. Biarkan naik sekali lagi (lebih kurang 15 minit) sebelum digoreng. Boleh dijadikan frozen donut jika digoreng separuh masak. Menghasilkan 30 biji donut yang tidak berapa tebal sangat dan size sederhana. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama secawan kopi. Sure terangkat!!! :P
** Menghasilkan 52 biji donut size kecil.

Monday, March 30, 2009

KEK UPIN & IPIN





Anna telah order kek upin & ipin di atas semasa bday yayah, ecah & maya pada bulan Rabiulawal yg lalu. Kek ni memang sangat cantik. Very kreatif. Anak-anak suka pd karektor upin & ipin ni tapi mereka cuma makan sikit aje. Anna rasa mereka mungkin kurang gemar sebab buttercreamnya terlalu tebal dan keknya kurang rasa coklat & tidak berapa moist. Menurut sweetlilly, kek coklat ni sesuai dgn topping coklat ganache. Kalau buttercream sesuai dgn kek span. Sebab itu kek ni tak moist. Harga kek ini RM60 aje. Anna order kek ni atas permintaan anak-anak. Dah lama tak pegang nozzle nak mendeco cake. Skill pun dah lari so order sajalah. Lebih senang order aje daripada nak mendeco kek macam kat atas tu. Kena ada skill. InsyaAllah boleh buat sendiri tapi hasilnya tentulah tak secantik mana... Skrg di JB dah ramai org jual homemade cupcakes & cakes. First time Anna order cupcakes dgn MamaFaMi dulu. Masa tu pregnant & teringin sgt nk merasa cupcake MamaFami so bila ada turun KL terus ambil kesempatan order dgn dia. Anna bangga tgk org melayu sekarang dah maju dan ramai yang ceburi bidang bakeri ini.

Monday, March 23, 2009

SWEET BUN


Bahan-bahan :

300 ML AIR SEJUK
8 SDB MAJERIN (60 G)
1 BIJI TELUR
13 SDB GULA (120 G)
1 SDT GARAM
4 2/3 CAWAN TEPUNG ROTI (600 G)
1 SDT DOUGH SOFTENER
1 SDT BREAD IMPROVER
4 SDB SHORTENING
3 SDB SUSU TEPUNG
2 SDB MAURIPAN (18 G)
** mcm biasa anna campak bahan-bahan di atas ke dalam bread machine. Siap menguli anna shape into balls

Cheese Loaf


Bahan-bahan :

tepung high protein 900gm
susu tepung 3cmt
yeast 3cmt
gula 150gm
garam 3/4 cmt
air sejuk 360gm
bread improver 3/4cmt
telur 3bj
cream cheese 150gm
mentega 90gm

cara2nya...

campurkan semua bahan kering, tambahkan cream cheese, telur, air dan uli hingga jd doh. - tambahkan mentega dan uli hingga jd elastik. rehatkan hingga naik dua kali ganda -uli lagi...bentukkan doh, masukkan dlm acuan. biarkan ia kembang hingga jd dua kali ganda. - sedia utk dibakar.... suhu 170c, 30min. roti paling senang buat, dan garenti sodap!!!

My Bread Machine

Photobucket

Bread machine ini dibelikan oleh hubby semasa bday anna yang ke 28 kalau tak silap . Brand Novva. Rege ketika itu RM790. Dibeli melalui Amway. Bread machine ini juga berfungsi untuk membakar kek, memanggang, mixer & memanaskan makanan. Maka ianya menjimatkan ruang. Anna memang rekemen pada kawan2 yg belum mempunyai oven supaya beli bread machine ini kerana pelbagai fungsinya. Bread machine ni dah hampir 6 tahun tapi masih lagi dalam keadaan elok.

Banana Muffin



200g butter
200g gula
4 biji telur
200g tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
4-5 biji pisang (diramas)

1) Panaskan oven 170c.
2) Pukul semua bahan (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)
3) Masukkan pisang, gaul perlahan.
4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing).

** Anna suka gunakan basic adunan di atas untuk kek dan muffin. Selalunya hasilnya tidak mengecewakan.