Showing posts with label Pelbagai Nasi. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Nasi. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Nasi Beriani Resepi Ayahanda

Salam,
Dah naik bersawang rumah aku yg satu ni. Lately sibuk sangat dengan urusan dunia yg tak pernah habis ni. Kerja, rumah, bisness & tempahan kek dari kengkawan. Boleh tengok kat sini kalau nk tempah kek atau cookies & bahulu http://anna-sweet-bakery.blogspot.com/.

Resepi yg nk dikongsi kali ini ialah nasi beriani. Resepi asli adalah dari ayahanda yang tercinta. Resepi ni memang sedap dan kalau ikut betul-betul memang menjadi. Cubalah..

NASI BERIANI (8 ~ 10 orang makan)

1 kg beras basmathi
½ kg beras wangi (Brand umbrella)
Air (Ikut sama banyak dengan beras)
½ tin susu cair
2 sudu besar air limau Sunkist

Bahan2 Tumis
1 senduk minyak sapi
½ cawan minyak jagung
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 senduk rempah beriani

*10 biji bawang merah
*6 biji bawang putih
*2 cm halia tua
*Dikisar halus


CARA-CARA

Panaskan minyak sapi dan minyak jagung.
Tumiskan bahan – bahan yang telah dikisar.
Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Masukkan rempah beriani & terus tumis tetapi jangan sampai hangus ya...
Masukkan susu cair. Setelah hampir menggelegak masukkan 2 sudu besar air limau Sunkist.
Masukkan air mengikut sukatan beras.
Tambahkan lagi ½ cawan air.
Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Apabila menggelegak, masukkan beras. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tutup periuk rapat. Jangan dibuka sehingga keluar wap dari tepi tudung periuk.

Nota :
Jika suka boleh masukkan 1 cawan jagung sebelum air menggelegak.
Boleh juga masukkan daun pandan untuk wangi, sedikit daun sup, daun pudina dan daun bawang.
Untuk masak nasi minyak, gunakan resepi di atas tetapi tak perlu masukkan rempah beriani.
Untuk masak nasi jagung, hanya tambahkan jagung.
Untuk nasi tomato masukkan tomato puree & tomato sos sesedap rasa.

Tips:
Jika lebih halia nasi akan menjadi muak.
Untuk lebih sedap, masakkan ayam/daging beriani dan ambil kuahnya sebagai ganti rempah beriani. Nasi akan menjadi lebih sedap.