Showing posts with label CAKES. Show all posts
Showing posts with label CAKES. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

The making of my 1st 3 tiers wedding cake

Kek butter & kek butter chocolate disejukkan terlebih dahulu

Kek buah yg telah disapu apricot glaze

Kek butter yg telah disapu apricot glaze

Canaikan fondant. Sebelum itu uli fondant terlebih dulu supaya lembut & mudah dicanai.

My assistant helping me making beads :)

Kek yg telah ditutup fondant.

Cucukkan gumpaste flower yg boleh dibeli siap.

Kek yg telah dicucuk pillar

Taraaaaa..DONE!

Senang aje kan? ;)

More picture HERE

Tuesday, June 9, 2009

Chocolate Sponge Cake


225g tepung serbaguna
4 sdb serbuk koko
175g gula
6 biji telur
80ml air
80ml minyak jagung

Cara-cara:

1. Campur dan pukul kesemua bahan kecuali minyak selama 4 minit dgn kelajuan sederhana.
2. Masukkan minyak dan pukul selama 1 minit dengan kelajuan rendah.
3. Masukkan ke dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 180C selama 50 - 60 minit (bergantung pada oven masing-masing) sehingga masak.

Topping ganache:
Campurkan whipping cream & coklat masakan. Sukatan aku tak ingat pasal aku tak sukat pun. Aku main agak-agak aje.

** Kek ini untuk harijadi abah aku pada 3 Jun yg lalu. Buat untuk anak-anak buah yg ramai tu makan. Tak sempat nak deco apa-apa dah kena serbu... hehehe.

Sunday, April 19, 2009

Carrot Cheese Cake

Bahan-bahan kek:

200g butter
200g gula
3 biji telur
200g tepung
1 sdt baking powder
1 sdt soda bicarbonat
1 sdt serbuk kayu manis
2 cawan carrot (diparut)
1 cawan walnut

Bahan-bahan topping:

250g cream cheese
200g icing sugar
1 sdt sunquick

Cara-cara:
- pukul butter & gula hingga kembang
- masukkan telur
- masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, soda bicarbonat & serbuk kayu manis
- masukkan carrot dan walnut. kacau sebati.
- tuang dlm loyang yg telah dialas kertas minyak.
- bakar pada suhu 160'C selama 50 minit

Cara-cara untuk topping:
- pukul cream cheese bersama gula icing & sunquick
- tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu

p/s : hubby bawa kek ni g opis. kawan opis dia siap SMS anna kata sedap la kek ni. Hehehe. Thanks!

Monday, March 30, 2009

KEK UPIN & IPIN





Anna telah order kek upin & ipin di atas semasa bday yayah, ecah & maya pada bulan Rabiulawal yg lalu. Kek ni memang sangat cantik. Very kreatif. Anak-anak suka pd karektor upin & ipin ni tapi mereka cuma makan sikit aje. Anna rasa mereka mungkin kurang gemar sebab buttercreamnya terlalu tebal dan keknya kurang rasa coklat & tidak berapa moist. Menurut sweetlilly, kek coklat ni sesuai dgn topping coklat ganache. Kalau buttercream sesuai dgn kek span. Sebab itu kek ni tak moist. Harga kek ini RM60 aje. Anna order kek ni atas permintaan anak-anak. Dah lama tak pegang nozzle nak mendeco cake. Skill pun dah lari so order sajalah. Lebih senang order aje daripada nak mendeco kek macam kat atas tu. Kena ada skill. InsyaAllah boleh buat sendiri tapi hasilnya tentulah tak secantik mana... Skrg di JB dah ramai org jual homemade cupcakes & cakes. First time Anna order cupcakes dgn MamaFaMi dulu. Masa tu pregnant & teringin sgt nk merasa cupcake MamaFami so bila ada turun KL terus ambil kesempatan order dgn dia. Anna bangga tgk org melayu sekarang dah maju dan ramai yang ceburi bidang bakeri ini.

Monday, March 23, 2009

Banana Muffin



200g butter
200g gula
4 biji telur
200g tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
4-5 biji pisang (diramas)

1) Panaskan oven 170c.
2) Pukul semua bahan (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)
3) Masukkan pisang, gaul perlahan.
4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing).

** Anna suka gunakan basic adunan di atas untuk kek dan muffin. Selalunya hasilnya tidak mengecewakan.

Tuesday, December 23, 2008

Kek Coklat Rice

Photobucket

Sumber : Roshayati

200g butter
200g gula
4 biji telur
200g tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
100g coklat rice

1) Panaskan oven 170c.
2) Pukul semua bahan kecuali coklat rice sehingga gebu (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)
3) Masukkan coklat rice, gaul perlahan.
4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing).