Anna telah order kek upin & ipin di atas semasa bday yayah, ecah & maya pada bulan Rabiulawal yg lalu. Kek ni memang sangat cantik. Very kreatif. Anak-anak suka pd karektor upin & ipin ni tapi mereka cuma makan sikit aje. Anna rasa mereka mungkin kurang gemar sebab buttercreamnya terlalu tebal dan keknya kurang rasa coklat & tidak berapa moist. Menurut sweetlilly, kek coklat ni sesuai dgn topping coklat ganache. Kalau buttercream sesuai dgn kek span. Sebab itu kek ni tak moist. Harga kek ini RM60 aje. Anna order kek ni atas permintaan anak-anak. Dah lama tak pegang nozzle nak mendeco cake. Skill pun dah lari so order sajalah. Lebih senang order aje daripada nak mendeco kek macam kat atas tu. Kena ada skill. InsyaAllah boleh buat sendiri tapi hasilnya tentulah tak secantik mana... Skrg di JB dah ramai org jual homemade cupcakes & cakes. First time Anna order cupcakes dgn MamaFaMi dulu. Masa tu pregnant & teringin sgt nk merasa cupcake MamaFami so bila ada turun KL terus ambil kesempatan order dgn dia. Anna bangga tgk org melayu sekarang dah maju dan ramai yang ceburi bidang bakeri ini.
Monday, March 30, 2009
Monday, March 23, 2009
SWEET BUN
Bahan-bahan :
300 ML AIR SEJUK
8 SDB MAJERIN (60 G)
1 BIJI TELUR
13 SDB GULA (120 G)
1 SDT GARAM
4 2/3 CAWAN TEPUNG ROTI (600 G)
1 SDT DOUGH SOFTENER
1 SDT BREAD IMPROVER
4 SDB SHORTENING
3 SDB SUSU TEPUNG
2 SDB MAURIPAN (18 G)
300 ML AIR SEJUK
8 SDB MAJERIN (60 G)
1 BIJI TELUR
13 SDB GULA (120 G)
1 SDT GARAM
4 2/3 CAWAN TEPUNG ROTI (600 G)
1 SDT DOUGH SOFTENER
1 SDT BREAD IMPROVER
4 SDB SHORTENING
3 SDB SUSU TEPUNG
2 SDB MAURIPAN (18 G)
** mcm biasa anna campak bahan-bahan di atas ke dalam bread machine. Siap menguli anna shape into balls
Cheese Loaf
Bahan-bahan :
tepung high protein 900gm
susu tepung 3cmt
yeast 3cmt
gula 150gm
garam 3/4 cmt
air sejuk 360gm
bread improver 3/4cmt
telur 3bj
cream cheese 150gm
mentega 90gm
cara2nya...
campurkan semua bahan kering, tambahkan cream cheese, telur, air dan uli hingga jd doh. - tambahkan mentega dan uli hingga jd elastik. rehatkan hingga naik dua kali ganda -uli lagi...bentukkan doh, masukkan dlm acuan. biarkan ia kembang hingga jd dua kali ganda. - sedia utk dibakar.... suhu 170c, 30min. roti paling senang buat, dan garenti sodap!!!
My Bread Machine
Bread machine ini dibelikan oleh hubby semasa bday anna yang ke 28 kalau tak silap . Brand Novva. Rege ketika itu RM790. Dibeli melalui Amway. Bread machine ini juga berfungsi untuk membakar kek, memanggang, mixer & memanaskan makanan. Maka ianya menjimatkan ruang. Anna memang rekemen pada kawan2 yg belum mempunyai oven supaya beli bread machine ini kerana pelbagai fungsinya. Bread machine ni dah hampir 6 tahun tapi masih lagi dalam keadaan elok.
Banana Muffin
200g butter
200g gula
4 biji telur
200g tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
4-5 biji pisang (diramas)
1) Panaskan oven 170c.
2) Pukul semua bahan (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)
3) Masukkan pisang, gaul perlahan.
4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing).
** Anna suka gunakan basic adunan di atas untuk kek dan muffin. Selalunya hasilnya tidak mengecewakan.
Monday, February 23, 2009
Mini Pizza
Saturday, January 10, 2009
Sausage Rolls
Anna menggunakan adunan dibawah untuk sausage roll ini. Hasilnya tidaklah gebu sangat tapi licin juga dimakan anak-anak. Anna gunakan bread machine untuk menguli doh ini.
Sweet Bun Dough
A - 500 gm tepung high protein
1 sudu teh bread improver - optional
50 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
10 gm instant yeast
100 gm gula castor
1 biji telur
220 ml air
B - 75 gm butter
Cara-cara
Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati. Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan). Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit. Dah kuar dr pembakar sapu butter atau marjerin di atas roti.
Subscribe to:
Posts (Atom)