Friday, May 22, 2009

Mee rebus Johor

Laporan masakan kali ni tanpa gambar sebab camera anna rosak & sedang dibaiki lagi. Ini adalah resepi MEE REBUS JOHOR warisan daripada ayahanda anna..

Bahan A:
1 kg mee kuning (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Tauhu (Potong dadu dan digoreng)
Telur rebus (5 - 7 biji)
Limau kasturi (10 biji)
Lada hijau (dihiris nipis)
Sedikit bawang goreng

Bahan2 utk kuah:
Bahan 1
3 biji kentang ~ potong wedges, gorengkan dan blender halus
1 cawan kacang tanah - goreng dan blender halus
1/2 botol kecil tauchoo - blender halus

Bahan 2 (diblender halus)
1 batang serai
6 biji bawang besar size sederhana
4 biji bawang putih size besar
15 - 20 btg lada kering
halia sebesar ibu jari

Bahan 3 (diblender kering)
1 cawan udang kering
1/2 cawan ikan bilis
1 senduk serbuk kari ikan
1 cawan gula
Garam secukup rasa

Cara2:
1. Didihkan kentang, tauchoo dan kacang tanah yg telah diblender tadi (bahan 1)
2. Tumiskan bahan 2 hingga naik bau, masukkan bahan
3. Setelah kering, masukkan 1 senduk serbuk kari ikan. Campurkan bahan yg telah ditumis ke kentang yg di didihkan tadi.
4. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

** Masukkan serba sedikit bahan A ke dalam pinggan (anggaran utk seorang makan). Tuangkan kuah mee rebus ke atasnya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment