Monday, March 30, 2009

KEK UPIN & IPIN





Anna telah order kek upin & ipin di atas semasa bday yayah, ecah & maya pada bulan Rabiulawal yg lalu. Kek ni memang sangat cantik. Very kreatif. Anak-anak suka pd karektor upin & ipin ni tapi mereka cuma makan sikit aje. Anna rasa mereka mungkin kurang gemar sebab buttercreamnya terlalu tebal dan keknya kurang rasa coklat & tidak berapa moist. Menurut sweetlilly, kek coklat ni sesuai dgn topping coklat ganache. Kalau buttercream sesuai dgn kek span. Sebab itu kek ni tak moist. Harga kek ini RM60 aje. Anna order kek ni atas permintaan anak-anak. Dah lama tak pegang nozzle nak mendeco cake. Skill pun dah lari so order sajalah. Lebih senang order aje daripada nak mendeco kek macam kat atas tu. Kena ada skill. InsyaAllah boleh buat sendiri tapi hasilnya tentulah tak secantik mana... Skrg di JB dah ramai org jual homemade cupcakes & cakes. First time Anna order cupcakes dgn MamaFaMi dulu. Masa tu pregnant & teringin sgt nk merasa cupcake MamaFami so bila ada turun KL terus ambil kesempatan order dgn dia. Anna bangga tgk org melayu sekarang dah maju dan ramai yang ceburi bidang bakeri ini.

Monday, March 23, 2009

SWEET BUN


Bahan-bahan :

300 ML AIR SEJUK
8 SDB MAJERIN (60 G)
1 BIJI TELUR
13 SDB GULA (120 G)
1 SDT GARAM
4 2/3 CAWAN TEPUNG ROTI (600 G)
1 SDT DOUGH SOFTENER
1 SDT BREAD IMPROVER
4 SDB SHORTENING
3 SDB SUSU TEPUNG
2 SDB MAURIPAN (18 G)
** mcm biasa anna campak bahan-bahan di atas ke dalam bread machine. Siap menguli anna shape into balls

Cheese Loaf


Bahan-bahan :

tepung high protein 900gm
susu tepung 3cmt
yeast 3cmt
gula 150gm
garam 3/4 cmt
air sejuk 360gm
bread improver 3/4cmt
telur 3bj
cream cheese 150gm
mentega 90gm

cara2nya...

campurkan semua bahan kering, tambahkan cream cheese, telur, air dan uli hingga jd doh. - tambahkan mentega dan uli hingga jd elastik. rehatkan hingga naik dua kali ganda -uli lagi...bentukkan doh, masukkan dlm acuan. biarkan ia kembang hingga jd dua kali ganda. - sedia utk dibakar.... suhu 170c, 30min. roti paling senang buat, dan garenti sodap!!!

My Bread Machine

Photobucket

Bread machine ini dibelikan oleh hubby semasa bday anna yang ke 28 kalau tak silap . Brand Novva. Rege ketika itu RM790. Dibeli melalui Amway. Bread machine ini juga berfungsi untuk membakar kek, memanggang, mixer & memanaskan makanan. Maka ianya menjimatkan ruang. Anna memang rekemen pada kawan2 yg belum mempunyai oven supaya beli bread machine ini kerana pelbagai fungsinya. Bread machine ni dah hampir 6 tahun tapi masih lagi dalam keadaan elok.

Banana Muffin



200g butter
200g gula
4 biji telur
200g tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
4-5 biji pisang (diramas)

1) Panaskan oven 170c.
2) Pukul semua bahan (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)
3) Masukkan pisang, gaul perlahan.
4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing).

** Anna suka gunakan basic adunan di atas untuk kek dan muffin. Selalunya hasilnya tidak mengecewakan.